Sunday, September 21, 2014

Ayam Di CUCUK

INFO SIHAT!



Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan.
1) Menurut kajian, ayam diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah boleh menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih teruk daripada wanita.

2) Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser.
3) Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan. (Kajian pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia).

4) Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

5) Selain itu, antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.

# Ayam suntik biasanya disuntik mengikut dos yang ditetapkan, masih selamat untuk dimakan namun jika dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak, sangat tidak baik untuk kesihatan.

Saturday, September 20, 2014

3 menu ‘Bahaya’ Malaysia

Putrajaya: Awas penggemar nasi goreng, ayam goreng dan keropok ikan kerana hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu kini tergolong antara makanan paling tinggi kandungan garam, sekali gus berisiko tinggi menyumbang kepada serangan jantung dan angin ahmar.

Tiga hidangan itu adalah antara 10 makanan tinggi garam yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan selain ikan goreng, kicap soya, sos tomato dan cili, ikan bilis, kari ikan, kari lembu dan kambing, bebola ikan dan udang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, laporan mengenai hidangan tinggi garam itu dibuat dalam satu kajian rintis oleh Institut Kesihatan Umum pada 2011 hingga Februari 2012 yang dilakukan dalam kalangan anggota kesihatan di Malaysia.


Beliau berkata, hasil analisis menunjukkan purata pengambilan garam dalam kalangan anggota kesihatan adalah 8.7 gram (g) sehari atau bersamaan 3,405 miligram sodium sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan pengambilan garam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu lima gram sehari.

“Seseorang yang mengambil paras natrium (sodium) yang tinggi dalam darah berisiko untuk menghidap hipertensi seterusnya berisiko mendapat serangan jantung dan strok.
“Berdasarkan Kajian Beban Penyakit di Malaysia, penyakit jantung dan strok adalah di antara lapan penyakit utama yang membebankan negara kita dari segi kewangan dan kualiti gaya hidup rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Minggu Kesedaran Garam Sedunia Ke-7, di sini, semalam.

Dr Subramaniam berkata, kajian juga mendapati kira-kira 5.8 juta rakyat Malaysia dewasa berusia 18 tahun ke atas kini menghidap penyakit hipertensi dipercayai akibat pengambilan garam berlebihan setiap hari.

Beliau berkata, kajian sama juga menunjukkan kicap soya adalah antara makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam tinggi.

Menurutnya, golongan lelaki didapati mengambil lebih banyak garam berbanding wanita.
“Bagaimanapun, pihak industri makanan di Malaysia turut menyokong usaha kementerian untuk mengurangkan kandungan garam dalam produk keluaran masing-masing.





 “Hasilnya, sejak 2011 hingga 2013, sebanyak 30 jenis makanan di pasaran tempatan yang mempunyai kandungan garam tinggi dikurangkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal,” katanya.


Katanya, antara makanan berkenaan termasuk biskut, kicap, mi segera, makanan ringan, daging beku, perasa tiruan dan sapuan roti.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/06
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigamenu__8216_bahaya__8217_/Article/index_html

Friday, September 19, 2014

Jemput Ke FIT Club

Salam kawan² jemput datang ke fit club saya malam ni jam 8:00malam


Fit Club, come and work out with us!

Evey
Monday
Wednesday
Friday

Time
8:00pm

Location
Pusat Dagangan Prima, Taman Puchong Prima
(Atas Bintanf Fashin ~Belakang OTK ~Berhadapan kedai Perabot Jati)

Call me for any quary
Eyddin 019 239 5929

Thursday, September 18, 2014

Bagaimana untuk membakar 200 kalori

Berapa banyak kalori yang boleh dibakar dari setiap aktiviti fizikal yang anda lakukan? Cari tahu mana yang paling berkesan. Untuk setiap aktiviti berikut, Kimberly Lummus, MS, RD, selaku penyelaras untuk Austin Dietetic Association di Austin, Texas memberikan maklumat tentang jumlah kalori yang terbakar. Nota: dilakukan per 30 minit untuk berat badan rata-rata 68 kg. Dengan maklumat ini, boleh jadi anda lebih bersemangat untuk menjalaninya secara rutin.

berkebun
Akan membakar: 153 kalori
Lakukan: 3-4 kali seminggu

 
Mulai dari menyirami, mencabuti rumput, memungut daun kering, menanam biji atau pohon, menyiangi semak hingga menggali tanah. Banyak rangkaian aktiviti yang boleh anda lakukan sekaligus untuk membakar kalori lebih banyak.

 
Tip: Sebaiknya, mulakan dengan lakukan peregangan lebih dulu. Pasalnya, selama berkebun, anda akan melakukan banyak pergerakan seperti mencangkung, membongkok, dan berdiri secara berulang. Regangan boleh mencegah terjadinya kecederaan.

berbasikal Santai
Akan membakar: 220 kalori dengan kelajuan sedang 10 mph
Lakukan: 2 kali seminggu

 
Mungkin ada yang bertanya, mana yang lebih baik, berbasikal statik atau di luar rumah? Yang pasti, kedua-duanya membakar kalori dalam jumlah yang sama. Namun tentu akan lebih menyenangkan jika dilakukan di luar rumah sambil menikmati suasana sekitar. Apalagi, jika dilakukan bersama teman-teman dalam sebuah komuniti atau ikut sebagai peserta dalam lumba. Bonusnya, tak sekadar membakar kalori, berbasikal juga dapat menguatkan tulang, otot perut dan punggung.

belanja
Akan membakar: 121 kalori
Lakukan: 1-2 kali sebulan

 
Kopi 'til you drop ... calorie. Dengan berjalan sambil menolak kereta belanja selama 1 jam, kalori dalam tubuh dapat membakar hingga 250 kalori. Mulai dari memilah-milah barang, mengelilingi rak-rak kedai, hingga berdiri beratur di juruwang. Begitu pula, ketika anda menjinjing barang runcit atau menyimpannya ke dalam rak dapur.
Tip: Gunakan kasut yang selesa ketika membeli-belah. Alih-alih high heel, kasut beralas rata akan memudahkan anda menjinjing atau membawa barangan runcit. Plus menjauhkan sakit belakang.

berlari
Akan membakar: 374 kalori
Lakukan: setiap pagi

 
Abaikan mitos yang menyebutkan, "lebih cepat dan lebih lama berlari, maka lebih banyak kalori yang terbakar." Pasalnya, kunci utama agar kalori terbakar lebih berkesan adalah dengan rutin berjalan setiap hari. Selain urusan kalori, berlari juga membolehkan seluruh badan untuk aktif bergerak, terutama otot kaki, punggung, dan punggung. Hal ini akan membuat badan jadi lebih ramping dan lentur. Nah agar dapat meraih hasil yang maksimum, ayo ikut ayunkan tangan anda selama berlari.

berenang
Akan membakar: 400 kalori
Lakukan: sekerap mungkin

 
Sering berenang secara rutin akan membina kekuatan dan kelenturan otot sekaligus menguatkan jantung kerana melancarkan peredaran darah dari dan ke jantung. Yang perlu diingat, lakukan pemanasan lebih dulu sebelum berenang. Secara psikologi, sentuhan fizikal dengan air kala berenang juga boleh memberikan kesan rileks dan segar. Tak usah berenang terburu-buru atau memaksakan diri terlalu lama. Yang paling penting adalah menjaga rutin dan menikmati aktiviti ini.

bowling
Akan membakar: 100 kalori
Lakukan: 1 kali seminggu

 
Alih-alih dating di pawagam atau makan malam, sesekali isi masa berdua bersama pasangan dengan kegiatan baru. Misalnya, ajak si dia bermain bowling. Menyenangkan sekaligus menyihatkan! Menurut Dr Todd Keylock, pembantu profesor perubatan sukan dari Bowling Green State University 's School of Human Movement, bowling adalah salah satu olah tubuh yang baik untuk dilakukan sebab badan dibuat bergerak sambil bermain. Kajian yang dilakukan Keylock bahkan menunjukkan bowling dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap luka dan rasa sakit.

Naik Turun Tangga
Akan membakar: 200 kalori
Lakukan: setiap hari

 
Aktiviti mudah ini boleh anda lakukan pada bila-bila saja dan di mana-mana. Entah di rumah, di pejabat, atau di pusat beli-belah, jangan malas gunakan tangga. Manfaatkan sela kesibukan di pejabat untuk melepaskan penat sejenak dengan menaiki atau menuruni tangga.

 
Tip: Lakukan dengan kelajuan jalan biasa dan sebaiknya tidak sambil berlari untuk mengelakkan kecederaan. Dan jika menggunakan tangga kecemasan, pastikan bahawa tangga ini sering dilalui atau pintunya dalam keadaan baik dan tidak rosak atau dikunci.




"Laporan oleh kementerian kesihatan melalui kajian pengambilan makanan orang dewasa, pada 2003, yang mendapati rakyat negara ini mengambil jumlah kalori makanan secara berlebihan daripada keperluan sebenar, bukan sesuatu yang mengejutkan.

Kajian merekodkan purata rakyat malaysia dewasa berumur 18 tahun ke atas mengambil 2,500 kilo kalori (kcal) sehari melebihi daripada jumlah disarakan iaitu 2,000 Kcal sehari untuk lelaki dewasa dan 1,500 kcal untuk wanita dewasa" 

Oleh itu Kenpen Kesihatan kami menawarkan  wellness body scan diama anda boleh mengetahui kalori anda, dan jugak dapatkan meal plan yang mengandungi kalori yang rendah secara PERCUMA

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

Wednesday, September 17, 2014

Jemput Ke FIT CLub

Salam kawan² jemput datang ke fit club saya malam ni jam 8:00malam


Fit Club, come and work out with us!

Evey
Monday
Wednesday
Friday

Time
8:00pm

Location
Pusat Dagangan Prima, Taman Puchong Prima
(Atas Bintanf Fashin ~Belakang OTK ~Berhadapan kedai Perabot Jati)

Call me for any quary
Eyddin 019 239 5929

KALORI MAKANAN

KALORI

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan, terima kasih kepada pelbagai jenis bangsa dan keturunan yang tinggal di sini (sesuai dengan tag-line “Malaysia Truly Asia”!).
Kita ada masakan Melayu, Cina, India, Kadazan, dan pelbagai lagi masakan-masakan orang tempatan.

 
Contoh kalori makanan di malaysia

Bagaimana untuk personalize kan jadual kalori makanan anda? hubungi saya hari ini dan sya kan buat daily meal plan untuk anda.

Hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

Marah Selama 5 Minit Akan Menyebabkan Sistem Imun Tubuh Lemah


Info.

1. MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita menjadi lemah selama 6 jam.

2. DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati.. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah)…..

3. Jika kita sering membiarkan diri kita Stress, maka kita sering mengalami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa KHUATIR, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu atau .

5. Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami KEBINGUNGAN, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bagian Bawah.

7. Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8. Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit sulit mencerna).

9. Jika kita mudah EMOSI & cenderung PEMARAH, maka kita terdedah terhadap penyakit HEPATITIS.

10. Jika kita sering merasa "SOMBONG" (tidak pernah peduli) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

11. Jika kita sering MENGANGGAP MUDAH semua persoalan, maka hal ini boleh mengakibatkan penyakit Diabetes.

12. Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

13. Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia (kanser darah putih)



Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water”

LinkWithin

Related Posts from this blog