Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap
khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan
buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada
usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan
kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.
Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan
akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan
bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan
yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag.
Plag
bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan
mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan
tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan
limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.
Jika
badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk
sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas
keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah
faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan
membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab
mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan
mendapat penyakit dengan mudah.
Apabila
badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan
berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun
penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang
melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah
dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah
: cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi
kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf,
badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.
Masalah Usus Dan Sembelit
Salah
satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit.
Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses
pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih
lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan
bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan
diserap semula ke dalam badan.
Lebih
lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih
besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut
terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan
bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang
diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.
Apa Itu Penyahtoksifikasi?
Penyahtoksifikasi
adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin
daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak.
Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang
digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak
yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar
bertindak sebagai toksin di dalam badan kita.
Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan
disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal,
saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin.
Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh
mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.
Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan
usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan
pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting
dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang
seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru
itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan.
Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria
yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta
makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul,
makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.
Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap
tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila
usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti
dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.
Melalui kaedah pemakanan, anda dinasihatkan untuk :
- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
-
Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang
botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan
sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan
seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
-
Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang
cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh
selepas hujan) dan sebagainya.
-
Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang
masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti
ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus
manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil
berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
- Untuk mendapat usus yang sihat jom amaklkan minum sebatian alorvera setiap pagi, bagamana?hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm
"Do you know exactly what advantage our products give you?"
No comments:
Post a Comment