Di Malaysia, penyakit jantung koronari merupakan pembunuh nombor satu.
Bagi penyakit diabetes, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada
penduduknya menghidap penyakit tersebut. Laporan juga menunjukkan hampir
18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di
negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak
mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan Kajian Kesihatan dan
Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa
negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal.
Gejala ini jika tidak ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam
yang serius. Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara langkah untuk
mengatasi masalah ini.
Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk
mendapat faedah kesihatan yang dikehendak ialah dengan melakukan
aktiviti yang sederhana kuatnya atau intensiti, sekurang-kurangnya 30
minit sehari secara terkumpul untuk 5 hari atau lebih dalam seminggu dan
melakukan aktiviti yang lasak sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi,
untuk 3 hingga 5 hari seminggu. Senaman hendaklah dilakukan secara perlahan lahan dan intensitinya ditingkatkan beransur ansur. Faedah senaman dan aktiviti fizikal banyak. Kesannya meliputi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.
Antara faedahnya ialah meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system peredaran darah. Hal ini kenrana senaman menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya. Ini dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi lalu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dan meningkatkan peredaran darah di seluruh badan serta meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen. Senaman menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan.
Senaman juga dapat meningkatkan kecepatan pergerakan dan
kelembutan badan dan mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta
masalah sakit belakang dan pinggang. Ini boleh meningkatkan prestasi
dalam sukan dan memperbaiki tonus dan postur. Lalu menambahkan
keterampilan diri dari segi fizikal. Senaman akan menambahkan kekuatan
dan daya tahan otot. Dimana otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan
sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat
barang yang berat. Malah bersenam dengan keluarga mahupun kawan boleh meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Bersenam boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik
dan dapat mencegah obesity atau kegemukan. Senaman secara tetap dan
teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal
berat badan dan mencegah kegemukan. Senaman membantu membakar lemak
badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat. Bersenam juga mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan membantu tidur dengan nyenyak. Akibatnya kita mempunyai keyakinan diri, kehidupan ceria & ketenangan fikiran.
Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti
bahawa tidak atau kurang melakukan senaman dikaitkan dengan risiko
mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes
dan obesiti atau kegemukan. Juga, telah terbukti bahawa cara hidup
sedentari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu
dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi,
osteoporosis, kemurungan dan keresahan. Senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Marilah kita semua mula bersenam dari hari ini.
Bagi mereka yang minat untuk bersenam sila datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm @ hubungi saya, Eyddin (019 239 5929), kami mengadakan FIT CLUB setiap isnin, rabu dan jumaat sebelah malam 8:00mlm pada hari-hari tersebut.
“Do you exercise? Exercise is good. But you have to know exactly how it helps"
No comments:
Post a Comment