Wednesday, September 10, 2014

Kempen Kesihatan

09 Sept 2014 - Pochong, Kelab Nutrisi Love & Wellness akan mengadakan kempen kesihatan sempena pembukaan kelabnya beberapa hari lepas, Sempena kempen ini, anda boleh mendapat wellness body scan secara percuma, sempel percuma


Kempen ini akan dijalankan sekitar kawasan puchong prima bedekatan dengan Pasaraya OTK, anda boleh datang berjumpa dengan mereka pada jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Kelab ini jugak menyedikan FITCLUB dimana para ahli dapat menikmati keahlian PERCUMA semumur hidup untuk semua aktiviti senaman dan zumba.

Bagi yang berminat boleh menghubungi En Eyddin di talian atau whatapps 019 239 5929

Kepentingan Sarapan Pagi

Sarapan pagi adalah HIDANGAN PALING PENTING selepas tubuh kita "berpuasa" sepanjang malam. Sarapan pagi boleh membantu kita untuk mengekalkan paras gula darah yang sihat, yang mana ia adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kita secara keseluruhan. 

Pastikan sarapan pagi kita lengkap dengan zat-zat penting yang mengandungi kombinasi nutrisi seperti protein, vitamin,



mineral, karbohidrat(rendah), lemak(rendah), dan air. Sarapan pagi seperti ini lebih mengenyangkan untuk memberi tubuh nutrisi penting dan tenaga tanpa meningkatkan kadar gula darah dan kadar insulin. Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi.

Elakkan mengambil sarapan pagi mengikut apa yang digemari tanpa mementingkan khasiat. Badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik. Makanan yang tidak berkhasiat boleh merosakkan organ tubuh yang lain. Organ yang paling banyak terjejas akibat tidak mengambil berat mengenai sarapan adalah pankreas kerana organ ini berfungsi untuk menghasilkan jus gastrik dan insulin. Sekiranya ini berlaku secara berterusan, pelbagai penyakit lebih mudah terjadi seperti diabetes, kenaikan berat badan dan juga penyakit darah tinggi.

FAEDAH BERSARAPAN:• Hidup menjadi lebih sihat
• Sebagai sumber tenaga tubuh
• Dapat meningkatkan kemampuan otak
• Membantu tubuh menjadi langsing
• Tumpuan dan mood menjadi lebih baik
• Sebagai pelindung jantung anda

ELAKKAN SARAPAN YANG MANIS kerana ia akan menyebabkan kita cepat lapar dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Bagaimana! untuk mendapat sarapan pagi yang ideal? hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

"..Studies have shown that what you eat for breakfast dictates you’re eating habits for the day…”

Tuesday, September 9, 2014

KEPENTINGAN USUS

Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag

Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin

Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. 

Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.
Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. 

Masalah Usus Dan Sembelit
 
Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. 

Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan. 

Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita.

Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin. 

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang. 

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan

Melalui kaedah pemakanan, anda dinasihatkan untuk :

- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar). 

- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya. 

- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.

- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus. 

-  Untuk mendapat usus yang sihat jom amaklkan minum sebatian alorvera setiap pagi, bagamana?hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm
 
"Do you know exactly what advantage our products give you?"

Monday, September 8, 2014

Gemuk Vs Kurus


Apa masalah kesihatan sekarang?

Masalah kesihatan kerangan adalah OBESITI, ini terbukti bila semua docter dan pakar pemakanan mengatakan obesiti adalah EPIDEMIC baru,

Obesiti tidak semintinya orang genuk, ia jugak termasuk orang kurus, jika anda tidak percaya boleh dapatkan 'Body Wellness Scan' dari saya secara PERCUMA

AIR

70% peratus daripada badan kita ialah air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain ia diperlukan untuk membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, ia juga bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ kita.

Bagi seseorang yang kurang minum air, ia akan mengakibatkan penyakit seperti risiko batu karang, sakit kepala, kesakitan sendi dan otot, lesu pada wajah dan kehausan. Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat bermakna ia jelas menandakan seseorang itu mengalami hidrasi.
Namun, dalam kita tidak sedar, seseorang itu akan kehilangan air dengan banyak daripada tubuh badannya menerusi pembuangan air kencing, pernafasan dan berpeluh. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar kehilangan air adalah lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak aktif.
Pegawai Belia dan Sukan Universiti Sains Malaysia (USM), A. Jegatheesvaran, juga selaku jurulatih Pasukan Olahraga USM berkata, air yang cukup dalam tubuh badan amat penting bagi mengekalkan kesegaran kepada tubuh badan. Beliau juga turut mengingatkan siswa-siswi yang aktif bersukan, melebihkan pengambilan air dalam kehidupan seharian mereka.



“Mereka yang aktif bersukan perlu minum air sebelum dan selepas bersenam agar ia dapat menjadi cecair semulajadi dalam mengekalkan fungsi dalam badan. Kekurangan air semasa bersukan akan menyebabkan kita mudah terhidrasi dan boleh menyebabkan seseorang itu pengsan”, jelasnya.
Selain itu, beliau juga menambah, air juga perlu diminum lebih awal sebelum tekak berasa kehausan. Bagi mereka yang sedang berdiet, Jegatheesvaran menyatakan bahawa dengan meminum banyak air, ia tidak akan menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk kerana air mempunyai kosong kalori dan ia juga akan mengenyangkan.

Air juga bukan sahaja datang daripada air minuman, malah ia juga datang daripada makanan seharian kita. Antara makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak adalah daripada buah-buahan citrus seperi oren, limau gedang dan limau. Di samping ia juga menjadi sumber khasiat untuk vitamin C, ia juga dapat memberikan kesegaran dalam tubuh badan dan sebagai bonus, ia juga dapat mencantikkan kulit.



Dalam satu artikel yang ditulis oleh Deborah Ross pada kolum Easy Living untuk terbitan The Conde Nast Publications Ltd, beliau menyatakan bahawa sejumlah air terdapat dalam makanan seharian seperti telur yang mempunyai 70 peratus air, timun yang mempunyai 95 peratus air, buah-buahan dan sayur-sayuran mewakili 95 peratus air dan akhir sekali ayam mentah yang mempunyai 65 peratus air tanpa kita sedar.

Bagi memilih air yang paling sihat, air mineral ialah pilihan air yang terbaik. Menurut kajian yang dibuat oleh Jabatan Makanan dan Dadah (FDA), Amerika Syarikat pada tahun 2012, air mineral boleh membuang toksin yang mampu memberi kesan bahaya kepada tubuh. Sebaiknya, air mula diminum pada awal pagi ketika perut masih kosong untuk melancarkan lagi proses pembuangan toksin dalam tubuh badan.

Tambahan pula, ia adalah langkah yang terbaik bagi menjaga kesihatan berbanding dengan pengambilan minuman ringan yang mengandungi gula dan berkalori tinggi. Selain itu, FDA juga melaporkan, air mineral yang mempunyai kadar elektron silicon yang tinggi boleh mengurangkan kadar penyakit Alzheimer iaitu penyakit daya ingatan yang merosot dengan cara menyingkirkan neurotoksin aluminium dalam badan.

Tanpa air yang cukup dalam badan, pastinya ia akan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada kita. Pengambilan air yang cukup dapat membantu penyerapan nutrien daripada makanan dengan lebih baik semasa proses itu berlaku.

Tambahan pula, pada musim panas seperti sekarang, pengambilan air yang cukup amat penting untuk mengelakkan diri kita terhidrasi. Setiap orang perlu mengamalkan tabiat meminum air dengan kerap dalam kehidupan seharian mereka. Paling malang sekali, jika badan kekurangan air, ia boleh meningkatkan paras bahan toksin dalam badan hingga mampu membahayakan nyawa

Kita disarankan untuk minum sekurang-kurannya 3 liter hingga 4 liter air, ini kerana tahap pencemaran terlalu tinggi, Bagaimana untuk mengamalkan air 3 liter sehari?, hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

"How many glasses of water have you taken so far? …How about yesterday? ….Please makes sure you drink a lot of watet"

Sunday, September 7, 2014

KALORI

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan, terima kasih kepada pelbagai jenis bangsa dan keturunan yang tinggal di sini (sesuai dengan tag-line “Malaysia Truly Asia”!).
Kita ada masakan Melayu, Cina, India, Kadazan, dan pelbagai lagi masakan-masakan orang tempatan.



Akan tetapi, tahukah kita berapa nilai kalori dalam setiap makanan yang kita ambil sehari-harian ini? Jadi di dalam page ini, kami akan berkongsi dengan anda jumlah nilai kalori yang terdapat di dalam makanan-makanan yang ‘common’ di Malaysia.

 

Jenis Makanan: Kuih Muih

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

 

Jenis Makanan: Lauk Pauk

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

 

Jenis Makanan: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

 

Jenis Makanan: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

 

Jenis Makanan: Buah-Buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

 

Minuman:

1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal

Utuk mengetahui kadar kalori hari yang patut anda ambik, hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

"always remember to eat equal to your magic number"

Saturday, September 6, 2014

Grand Opening

6 Sept 2014 - Kelab Nutrisi Love & Wellenss telah mengadakan pembukaannya pada 6 september yang lepas jam 8:00 malam



Seramai lebih 20 tetamu telah menghadiri majlis yang luar biasa ini, antara aktiviti yang di jalan kan adalah info kesihatan dan pelancaran minggu kesihatan, yang mana mulai dari 7 september kelab ini akan menjalankan wellness body scan secara PERCUMA untuk penduduk setempat.





Hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

LinkWithin

Related Posts from this blog