Monday, September 15, 2014

Kepentingan Senaman

Senaman ialah pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Contoh senaman ialah seperti berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal.
Di Malaysia, penyakit jantung koronari merupakan pembunuh nombor satu. Bagi penyakit diabetes, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tempat keempat tertinggi di Asia dengan 8% daripada penduduknya menghidap penyakit tersebut. Laporan juga menunjukkan hampir 18% daripada penduduk dewasa wanita dan 15% penduduk dewasa lelaki di negara ini memiliki berlebihan berat badan. Antara puncanya, ialah tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi ll (1996) menunjukkan lebih daripada 70% penduduk dewasa negara ini tidak melakukan senaman dan tidak aktif dari segi fizikal. Gejala ini jika tidak ditangani akan menimbulkan masalah kesihatan awam yang serius. Menyedari hakikat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah ini.
Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendak ialah dengan melakukan aktiviti yang sederhana kuatnya atau intensiti, sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul untuk 5 hari atau lebih dalam seminggu dan melakukan aktiviti yang lasak sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, untuk 3 hingga 5 hari seminggu. Senaman hendaklah dilakukan secara perlahan lahan dan intensitinya ditingkatkan beransur ansur. Faedah senaman dan aktiviti fizikal banyak. Kesannya meliputi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.

Antara faedahnya ialah meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki system peredaran darah. Hal ini kenrana senaman menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya. Ini dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi lalu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok dan meningkatkan peredaran darah di seluruh badan serta meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen. Senaman  menyihatkan organ-organ badan. Tubuh badan yang sihat tidak mudah dijangkiti penyakit. Badan yang sihat juga boleh menghindarkan tanda-tanda ketuaan. 





Senaman juga dapat meningkatkan kecepatan pergerakan dan kelembutan badan dan mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta masalah sakit belakang dan pinggang. Ini boleh meningkatkan prestasi dalam sukan dan memperbaiki tonus dan postur. Lalu menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal. Senaman akan menambahkan kekuatan dan daya tahan otot. Dimana otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat barang yang berat. Malah bersenam dengan keluarga mahupun kawan boleh meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Bersenam boleh membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesity atau kegemukan. Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan. Senaman membantu membakar lemak badan serta kalori dan menjadikan otot lebih kuat. Bersenam juga mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan dan membantu tidur dengan nyenyak. Akibatnya kita mempunyai keyakinan diri, kehidupan ceria & ketenangan fikiran.


Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dan telah terbukti bahawa tidak atau kurang melakukan senaman dikaitkan dengan risiko mendapatkan penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti atau kegemukan. Juga, telah terbukti bahawa cara hidup sedentari boleh meningkatkan risiko mendapat kanser usus, kanser payu dara, penyakit jantung koronari, strok, tekanan darah tinggi, osteoporosis, kemurungan dan keresahan. Senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Marilah kita semua mula bersenam dari hari ini.


Bagi mereka yang minat untuk bersenam sila datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm @ hubungi saya, Eyddin (019 239 5929), kami mengadakan FIT CLUB setiap isnin, rabu dan jumaat  sebelah malam 8:00mlm pada hari-hari tersebut.

“Do you exercise? Exercise is good. But you have to know exactly how it helps"

Sunday, September 14, 2014

Lebel Nutrisi Makanan


 Adakah anda membeli makanan 'segera' atau dibungkus?

Apabila tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menggunakan makanan segera atau dibungkus, mengkaji label butritional untuk membimbing anda.

Anda patut pilih makanan seperti berikut:

• RENDAH kalori
• TINGGI Protien
• RENDAH Lemak

Keputusan yang dibuat dalam usaha ini akan membawa kepada pilihan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm.

“Do you look at the food labels every time you buy at the stores?….Please learn to compare nutritional facts. I suggest you go for less calories, high protein and low fat."

Saturday, September 13, 2014

Lemak Baik vs Lemak Jahat


Mengenal Lemak Baik dan Lemak Jahat

Apa yang pertama kali terlintas di benak Anda saat mendengar kata lemak? Kegemukan? Ataukah potensi terserang penyakit? Well, lemak tidak selamanya berdampak "jahat" terhadap kesehatan. Ada pula lemak "baik" yang bermanfaat sebagai sumber energi, pelindung organ, dan penghangat bagi tubuh. Untuk itulah, mari bersama-sama kita mengenal jenis-jenis lemak dan makanan yang mengikutinya.

Lemak Baik
Menurut dr. Samuel Oetoro, MS, Sp.GK. dari Departemen Gizi Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia, yang dimaksud dengan lemak baik adalah lemak tak jenuh (HDL—High Density Lipoprotein). Lemak ini berfungsi untuk membantu sirkulasi dalam tubuh serta menjaga pembuluh darah bersih dari timbunan zat yang menyebabkan penyempitan. Dengan demikian, lemak baik juga membantu tubuh menurunkan kadar kolesterol jahat. Beberapa sumber makanan yang mengandung lemak baik adalah alpukat, kacang merah, kacang tanah, minyak zaitun, minyak kelapa murni, dan ikan salmon.

Lemak Jahat
Apa yang dikategorikan sebagai lemak jahat sebenarnya adalah lemak jenuh (LDL—Low Density Lipoprotein) dan lemak trans. Kedua jenis lemak ini berpotensi mengambang dalam darah dan menyebabkan penempelan kolesterol di dinding pembuluh darah. Sumber lemak jenuh antara lain dapat ditemukan pada santan, mentega, dan daging merah.
Sementara itu, sebagaimana dilansir oleh Magforwomen, beberapa sumber makanan yang mengandung lemak trans adalah tepung kue instan, kentang goreng, kue beku, dan kue pie. Selain itu, jika label komposisi makanan cepat saji yang Anda temui di supermarket mengandung kata-kata "dehidrogenasi", "hidrogenasi parsial" atau "shortening", itu tandanya terdapat lemak trans di dalamnya.

Di atas semuanya, lemak bukanlah sesuatu yang harus dihindari. Lemak dapat berdampak baik bagi tubuh selama tidak berlebihan. Jadi. Jangan khawatir memakan makanan berlemak. Mengetahui kandungan lemak dalam setiap makanan akan membuat kita lebih bijak dalam menentukan porsi dan frekuensi memakannya. Intinya, hidup sehat dapat dimulai dengan pengetahuan yang benar tentang makanan.

Masih kurang paham apa itu lemak baik dan lemak jahat? hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

“...Do you know Good Fat from Bad Fat?..."

Friday, September 12, 2014

Jemput Ke FIT Club

Salam kawan² jemput datang ke fit club saya malam ni jam 8:00malam


Fit Club, come and work out with us!

Evey
Monday
Wednesday
Friday

Time
8:00pm

Location
Pusat Dagangan Prima, Taman Puchong Prima
(Atas Bintanf Fashin ~Belakang OTK ~Berhadapan kedai Perabot Jati)

Call me for any quary
Eyddin 019 239 5929

Kepentingan Protein kepada badan



Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.

PERANAN PROTEIN:
  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.


SUMBER PROTEIN:


Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

SYOR DAN PANDUAN DIET:

1) Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.

2) Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.

3) Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun atau ke bawah.

4) Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.

5) Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.

6) Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.

Berapa banyak protein yang anak anda perlukan?

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 hingga 46 gram protein setiap hari.

KESEIMBANGAN:

Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.
Untuk mengetahui cara pengambilan protien yang sesuai, hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm.
“Have you been eating your Protein? Please don’t compromise your protein…You need enough so that together with your other nutrients, you won’t suffer muscle loss…”

Thursday, September 11, 2014

Fit Club

Jom sertai kami, kembalikan kecerdasan dan tenaga anda bersama kami, ini fitclub semalam jam 8:00.



Hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

Apa itu "Glycemic Index"?

Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?
Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).



Adakah G.I juga terdapat kelasnya yang tersendiri?
Makanan berkarbohidrat secara umum dibahagikan kepada 3 kelompok, iaitu G.I Tinggi (melebihi paras 70), G.I Sederhana (antara 55 – 70), dan G.I rendah (di bawah paras 55).

Bagaimana nilai G.I dalam sesebuah makanan ini ditentukan?
Untuk menentukan nilai G.I dalam sesebuah makanan (sebagai contoh makanan A), makanan A akan diberikan kepada beberapa orang sukarelawan (untuk mendapatkan keputusan yang purata). Sukarelawan ini akan memberikan sampel darah mereka dalam julat waktu yang berbeza, dalam tempoh 2 jam, untuk diuji paras glukosa dalam darah mereka. Nilai tersebut kemudiannya diplotkan pada sebuah graf dan nilai G.I kemudiannya ditentukan menggunakan rumus kamiran (Integration) menggunakan komputer.

Mengapa pentingnya untuk memahami konsep G.I?
Semakin tinggi nilai G.I sesebuah karbohidrat, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan dek kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. Ini menjurus kepada terjadinya fenomena yang dikenali sebagai “Insulin Spike”. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel.
Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak. Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman/makanan yang manis?

Apa yang saya perlu tahu lagi tentang “insulin spike”?
Umum sedia maklum fungsi hormon insulin, iaitu sebagai hormon yang bertanggungjawab untuk 4 perkara berikut (disusun mengikut turutan):
1 – membawa glukosa ke dalam sel
2 – menukarkan glukosa kepada glycogen di dalam sel
3 – membawa glycogen yang berlebihan di sel untuk disimpan sementara di hati
4 – menukarkan glycogen yang berlebihan di hati kepada LEMAK
Memandangkan insulin adalah hormon yang bertanggungjawab kepada 4 proses biokimia di atas, maka secara teorinya, jika kita berjaya mengurangkan kadar rembesen insulin, secara tidak langsung kita sebenarnya berjaya mengurangkan risiko untuk karbohidrat yang diambil ditukarkan kepada lemak badan.

Maksudnya, untuk mengurangkan kebarangkalian terjadinya “insulin Spike”, kita haruslah memilih makanan ber G.I rendah, tak kah begitu Susu Sejat?
Benar.

Kalau begitu, beritahulah saya nilai G.I dalam sesebuah karbohidrat, agar saya lebih berjaga-jaga kelak.
Jadual berikut boleh dijadikan sebagai panduan. Merah membawa maksud tinggi G.I, kuning membawa maksud G.I yang sederhana, manakala hijau membawa maksud rendah G.I.
Untuk lebih memahami apa itu GI anda boleh hubungi saya, Eyddin (019 239 5929) @ datang ke kelab saya di Puchong Prima, setiap petang jam 6.30ptg - 9.30mlm

"Low G.I. food does not raise blood sugar and gives you the feeling of fullness for longer periods of time. Thus, it is very good for people with Blood sugar problems”

LinkWithin

Related Posts from this blog